Kelas Asas ICT Membuat Carta Organisasi
18 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mei, seorang peserta telah berkunjung ke Pusat Internet Komuniti Tanjung Manis untuk belajar membuat carta organisasi. Beliau merupakan ahli PIK Tanjung Manis sejak 2019 lagi.
Tutorial membuat carta orgaganisasi bermula pada Jam 9.00 pagi dan berakhir pada 10.00 pagi. Beliau belajar cara membuat carta yang ringkas, padat dan lengkap.
Walaupun mengadakan kelas secara fizikal di Pusat Internet Komuniti, pengguna diminta patuh pada SOP yang telah ditetapkan. Iaitu sentiasa memakai pelitup muka sepanjang masa. Sebelum memulakan tutorial, suhu badan pengguna di ambil dan tangan di sanitasi terlebih dahulu.
Taklimat Klik Dengan Bijak dan Kempen Tidak Pasti Jangan Kongsi pula turut disampaikan kepada pengguna agar sentiasa berwaspada dengan berita tidak sahih. Pengguna sering kali di ingatkan agar menggunakan internet secara berhemah
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: