Kuiz Advokasi Mobile E-Waste Secara Atas Talian
19 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 Februari 2021. PIK Tanjung Manis telah membuat kuiz Advokasi secara atas talian menggunakan media sosial iaitu dengan berkongsi pautan kuiz menerusi Facebook, Instagram dan Whatsapp.
Komuniti diminta untuk menjawab soalan dan markah akan dipaparkan setelah soalan selesai dijawab. Memandangkan pandemik Covid-19 pada masa ini, kelas dan aktiviti yang dijalankan adalah terhad kepada 5 orang sahaja. PIK Tanjung Manis mengambil inisiatif untuk membuat aktiviti secara atas talian.
Pengunjung yang berkunjung ke PIK Tanjung Manis adalah dinasihatkan supaya mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: