Perkongsian Wanita, Remaja & ICT (Akses Kepada Masa Depan Yang Cerah)
1 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 30 April 2021 yang lepas, pihak MCMC telah mengadakan satu perkongsian secara dalam talian melalui aplikasi Zoom dan Facebook Live bagi membincangkan topik mengenai wanita, remaja dan juga ICT serta bagaimana ICT dapat memberi akses kepada masa depan yang cerah. Perkongsian ini dipengerusikan oleh Puan Hashimah daripada MCMC dan dihadiri oleh para panel jemputan seperti Puan Viviantie Sarjuni, Cik Faezrah Rizalman dan Cik Sharifah Nadira Syed Nurshadir.
Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girl's in ICT 2021, iaitu program tahunan yang diadakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 10 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Menyedari kemampuan dan kekuatan yang dimiliki oleh golongan remaja dan belia wanita, Malaysia, di bawah penyelarasan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), meraikan inisiatif ini pada tahun ini melalui kolaborasi dengan rakan kerjasama dan sektor korporat. Ini adalah kerana pemerkasaan remaja dan belia wanita dalam industri Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT) bersama-sama dengan bidang yang berkaitan dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) amat penting dalam meningkatkan kesetaraan gender di Malaysia.
Taklimat yang berlangsung secara atas talian selama hampir dua jam ini juga diadakan juga dengan tujuan memperkasakan kaum lelaki terutamanya bapa, abang atau adik lelaki, bapa saudara, suami, dan rakan-rakan untuk menyokong dan mendorong belia wanita dan remaja dalam keluarga dan komuniti mereka supaya menceburi bidang ICT sama ada sebagai pengamal atau ahli professional serta turut membincangkan cabaran yang dihadapi oleh ahli profesional dan pengamal ICT di kalangan wanita dan cara mereka mengatasinya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: