Infografik Cara Untuk Berkongsi Paparan Telefon Pintar ke PC Atau Laptop Untuk Peranti Android
17 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti Tanjung Manis telah berkongsi posting di laman page facebook tentang langkah untuk berkongsi paparan telefon bimbit untu peranti android ke pc atau laptop. Perkongsian yang dikongsi tersebut merupakan perkongsian infografik dan merupakan kesinambungan dari posting sebelum ini yang berkongsi tentang langakh berkongsi paparan telefon ke pc atau laptop tetapi untuk peranti IOS iphone. Posting atau infografik yang dibuat berkesinambungan adalah untuk menyediakan langkah untuk setiap peranti yang berbeza.
Di posting perkongsian tersebut juga pihak Pusat Internet Komuniti Tanjung Manis menyediakan borang untuk diisi peserta yang terlibat sebagai maklumbalas dan kehadiran. Dengan adanya borang tersebut akan dapat membantu dalam memperbaiki infografik dan cara penyampaian di media sosial.
Seperti yang kita ketahui pada masa sekarang Perintah Kawalan Pergerakan masih dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan. Oleh yang demikian perkongsian e-kelas dan info-info dari Pusat Internet Komuniti Tanjung Manis akan dikongsikan di atas talian seperti di page facebook.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: