Belajar Membuat Laporan Praktikum Menggunakan Ms.Word
5 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 4 Januari 2021, seorang pelajar UITM telah mengikuti kelas komputer Asas ICT Ms. Word. Bertempat di Pusat Internet Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 9.00 pagi – 1 Tengahari.
Pelajar tersebut belajar membuat laporan praktikum yang dikehendaki oleh pensyarahnya. Berikutan pandemik covid 19 yang masih menular. PIK Tanjung Manis hanya membenarkan 5 orang sahaja pengunjung pada satu-satu Masa.Tempoh had penggunaan komputer adalah dihadkan mak sima 1 jam sahaja.
Sekiranya mengalami gejala demam suhu 37.5, batuk dan selesema,anda adalah dilarang untuk masuk serta berurusan dengan PIK Tanjung Manis sepanjang tempoh tersebut.
Sila patuhi segala SOP yang telah ditetapkan..Jaga jarak 1 meter,Menggunakan pelitup muka & Menggunakan hand sanitizer.
Kesemua pengunjung Pusat Internet hendaklah mematuhi norma baharu ketika berkunjung ke Pusat Internet. Wajib menggunakan pelitup muka dan mengambil bacaan suhu sebelum masuk.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: