Sembang-sembang ASNB Webinar Kuasai Kewangan Anda : Perancangan Pelaburan
28 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 Ogos 2021, Pusat internet Komuniti Tanjung Manis telah menyertai webinar Sembang-sembang ASNB Kuasai Kewangan Anda : Perancangan Pelaburan. Webinar tersebut telah diadakan pada pukul 2.30 peatng dan berakhir pada pukul 4.30 petang menerusi atas talian yang menggunakan aplikasi Zoom. Webinar tersebut juga merupakan perkongsian daripada Encik Izmir Mohammad iaitu Penolong Naib Presiden Unit Holder Communication & Financial Education (UHCFE).
Melalui webinar tersebut banyak info yang menarik yang telah dikongsikan terutamanya tentang pelaburan dan jenis-jenis yang terdapat di Malaysia. Menerusi program tersebut juga Encik Izmir juga menerangkan bagaimana untuk merancang pelaburan untuk jangka masa panjang. Dalam Masa yang sama juga, Encik mIZmir menerangkan tentang kepentingan pelaburan dan perancangan kewangan. Diposting tersebut juga Pusat Internet Kouniti Tanjung Manis ada menyertakan borang maklumbalas dan sebagai kehadiran (Google Form) untuk diisi oleh peserta yang terlibat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: