Langkah Untuk Membuat Akaun Di Shopee Melalui Appstore Atau Playstore Di Telefon Pintar
14 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Tanjung Manis telah berkongsi langkah-langkah untuk membuat akaun di aplikasi Shopee di laman facebook PIK menggunakan telefon pintar. Dengan perkongsian tersebut akan sedikit sebanyak membantu individu yang belum pernah membuat akaun di aplikasi shopee. Perkongsian yang di kongsi di laman facebookv tersebut merupakan perkongsian yang menggunakan infografik. Penggunaan infografik ini adalah untuk memudahkan individu untuk mengikut setiap langkah yang di kongsikan dengan mudah dan senang difahami.
Untuk aplikasi shopee di telefon pintar ianya merupakan aplikasi yang percuma dan boleh dimuatnaik di semua telefon pintar. Bersama perkongsian tersebut juga PIK Tanjung Manis sertakan dengan borang Google Form untuk diisi oleh peserta yang terlibat untuk mendapatkan maklumbalas dan sebagai kehadiran. Dengan pengkongsian infografik tersebut merupakan inisiatif kami dari Pusat Internet Komuniti Tanjung Manis untuk membantu komuniti belajar secara atas talian memandangkan situasi Perintah Kawalan Pergerakan pada masa ini, Sekian terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: