Train The Trainer (TTT) : Kos Asas Penjualan Shopee (Basic Shopee Seller Course)
10 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 9 Jun 2021, Penolong Pengurus PIK Tanjung Manis telah menyertai Kursus Asas Penjualan Shopee melalui atas talian di ‘Google Meet’. Kursus asas tersebut banyak menerangkan bagaimana untuk memulakan perniagaan di platform shopee. Selain dari itu, kursus tersebut juga memberi penerangan secara ‘hands on’ supaya setiap peserta dapat lebih memahami tentang bagaimana untuk mendaftar dan menjadi penjual di shopee.
Dalam masa yang sama juga, kami diajar tentang marketing di shopee yang dapat membantu meningkatkna penjualan di platform tersebut. Secara keseluruhan, peserta yang terlibat dan hadir kursus tersebut lebih kurang 55 orang. Dimana peserta yang terlibat datang dari pelbagai negeri dan Pusat internet Komuniti di seluruh Malaysia. Peserta yang terlibat juga diminta untuk mengisi borang sebagai kehadiran dan sebagai sijil kehadiran kursus tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: