Taklimat Advokasi Staf Sarawak
22 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 Januari, 2021, mesyuarat secara alam maya menggunakan Zoom Meeting telah dikendalikan oleh Penolong Pengurus PIK Meradong, Cynthia Anak Bisa selaku Ketua Advokasi untuk Sarawak. Mesyuarat dihadiri oleh semua staf PIK Nera Sarawak. Zoom Meeting bermula pada jam 4.00 petang bagi memberi tunjuk ajar cara mengisi data Advokasi Sarawak apabila diperlukan nanti.
Data Advokasi perlu dihantar oleh setiap PIK pada setiap hujung bulan iaitu aktiviti atau program yang dilakukan dari awal sehingga akhir bulan tersebut. Data yang diberikan hendaklah sama dengan data seperti yang direkodkan dalam CBC. Staf juga diberitahu tidak boleh mengubah apa-apa format yang telah disediakan di dalam Excel kecuali ada arahan dari pihak berkenaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: