PPSR Reporting Briefing (Sarawak)
24 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 23 Januari, 2021, mesyuarat secara alam maya telah di anjurkan oleh Encik Hatta, Pengurus PIK Telaga Air pada jam 2.30 petang. Semua staf PIK Nera Sarawak diwajibkan untuk mengikuti taklimat tersebut. Taklimat ini julung-julung kali dibuat bagi memastikan semua staf tahu cara membuat laporan bulanan PPSR dengan betul. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesalahan yang sering dilakukan setiap kali menghantar laporan PPSR yang diminta setiap bulan. Staf diberi tunjuk ajar dan contoh format template yang betul. Melalui taklimat ini, staf baru juga dapat belajar dan membuat laporan PPSR yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: