8 Langkah Untuk Mengemaskini Maklumat Risiko Covid -19 Di My Sejahtera
7 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 6 Jun 2021, kami dari Pusat Internet Kominiti Tanjung Manis telah berkongsi posting di laman facebook kami tentang langkah-langkah untuk mengemaskini maklumat risiko Covid -19 di My Sejahtera. Perkongsian tersebut merupakan perkongsian melalui infografik mudah dengan langkah-langkah yang disediakan dengan penerangan di setiap posting. Perkongsian tersebut adalah untuk membantu individu di dalam komuniti yang perlu mengemaskini maklumat pada My Sejahtera dengan lebih mudah. Pengemaskini setiap maklumat di My Sejahtera adalah sangat perlu untuk kita memastikan kita dalam komuniti yang berjaga-jaga dengan penularan covid-19.
Bersama perkongsian tersebut kami menyediakan Google Form untuk diisi oleh individu yang terlibat sebagai kehadiran dan maklumbalas mengenai info yang telah kami kongsikan. Dengan itu juga, ia akan membantu kami dalam memperbaiki infografik yang kami kongsikan agar menjadi lebih mudah untuk difahami oleh setiap individu di setiap lapisan umur. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan pada masa ini, kami dari pihak Pusat Komuniti Tanjung Manis akan banyak membuat perkongsiaan dan kelas secara atas talian sahaja. Sekian terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: