Kelas Asas Microsoft Word (Membuat Laporan)
23 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2021, seorang pelajar IPTA menghadiri Kelas Asas Microsoft Word ke Pusat Internet Komuniti Tanjung Manis. Kelas hanya berlangsung dalam masa 30 minit mengikut SOP yang telah ditetapkan. Beliau menaip dan menyiapkan kerja laporan yang telah di amanahkan. Beliau di ajar cara menggunakan saiz margin, membuat ‘page breaks’ dan cara menukar format words kepada bentuk pdf.
Selain itu juga, beliau sempat di ajar cara menggunakan ‘Zoom Meeting’ bagi tujuan perbincangan secara alam maya untuk membuat kerja kumpulan dimasa akan datang. Berikutan dengan pandemic Covid-19 ini, pelajar IPTA/IPTS yang belajar dari rumah amat digalakkan berkunjung ke Pusat Internet Komuniti terdekat bagi mendapatkan capaian internet yang baik. Kemudahan seperti komputer juga turut disediakan bagi mereka membuat tugasan sekolah. Para pengguna sentiasa diberi peringatan agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan iaitu sentiasa memakai pelitup muka semasa berada dalam premis Pusat Internet Komuniti. Bersama kita memutuskan rantai Covid-19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: