Advokasi (Tidak Pasti Jangan Kongsi & E-Sisa)
23 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2021, sekumpulan pelajar dari sekolah rendah dan Politeknik Mukah telah berkunjung ke Pusat Internet Tanjung Manis bagi tujuan menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan. Pengguna dibenarkan menggunakan perkhidmatan Pusat Internet Komuniti maksimum sehingga 2 jam dan bergantung pada bilangan pengguna.
Memandangkan proses pembelajaran secara atas talian dan masa mereka lebih lama terluang menggunakan gajet seperti telefon pintar, Pusat Internet Komuniti bersempatan berkongsi Taklimat Klik Dengan Bijak dan Apa itu e-sisa. Pengguna dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan berita palsu yang disebarkan di dalam laman sesawang terutamanya di Facebook. Untuk menyemak kesahihan sesuatu berita yang disebarkan dalam internet, pengguna boleh menyemak sendiri ke laman sesawang Sebenarnya.my. Bagi e-sisa pula, pengguna diseru untuk melupuskan barangan elektronik yang rosak dengan menghantar ke Pusat Internet Komuniti berdekatan. Ini kerana, jika membuang barangan elektronik ke tempat yang tidak betul, ianya boleh mencemarkan alam sekitar dan memudaratkan kesihatan manusia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: