Training Asas Perkomputeran dan Internet
16 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari 2022, PEDi Tajung Manis telah mengadakan training Asas Perkomputeran dan Internet. Training ini bertujuan untuk mendedahkan kepada generasi baharu tentang bagaimana penggunaan komputer dan internet. Training ini adalah khas untuk peserta yang kurang terdedah dengan komputer dan internet. Semasa training para peserta diterangkan tentang fungsi-fungsi alatan komputer dan nama alatan tersebut untuk memudahkan mereka mengenal peralatan komputer.
Dalam masa yang sama, peserta diajar bagaimana untuk membuka perisian dan diterangkan tentang peranan perisian yang ada di dalam komputer yang boleh digunakan untuk memudahkan perkerjaan. Kemudian peserta di diterangkan tentang internet dan apa peranan internet juga fungsinya yang tersendiri yang mampu menjadi tempat rujukan untuk khasnya untuk para pelajar.
Setelah, diterangkan dan diajar tentang komputer dan internet peserta diuji untuk cuba membuka perisian dan melayari internet supaya apa yang diterang dan diajar semasa traiing dapat dipraktikkan untuk masa akan datang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: