Belajar Membuat Facebook Page
26 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 25 Oktober, seorang usahawan Komunti Tanjung Manis,berkunjung untuk membuat Facebook page. KENAPA ANDA PERLU ADA FB PAGE UNTUK PERNIAGAAN ANDA?
Ini adalah antara sebab-sebabnya;
TIADA HAD FRIENDLIST
Jika anda menggunakan FB Personal, ia terhad untuk add 5000 friend shj. Untuk FB Page ianya tiada had. Anda boleh dapatkan seberapa banyak like untuk Page anda. Samada beratus ribu atau juta! Lagi banyak LIKE, lagi tinggi peluang untuk dapat SALE.
UNTUK ASINGKAN KEHIDUPAN PERIBADI DENGAN BISNES
Jangan campurkan hal peribadi dengan hal bisnes. Jika anda post setiap hari mengenai produk di FB Personal anda, friends anda pasti akan menyampah. Mereka mungkin akan unfriend @ BLOCK anda terus! Jika di page, anda boleh post setiap hari tanpa had, malah ini akan menaikkan branding produk anda!
MENJADIKAN FB PAGE SEBAGAI KEDAI MAYA ANDA
Anda boleh hias page anda ikut kreativiti anda sendiri, letak FB cover yang menarik seperti signboard kedai sebenar! Letak maklumat perniagaan anda dengan lengkap seperti nombor telefon, lokasi kedai & waktu operasi. Masukkan juga gambar-gambar produk anda berserta harga dan testimony pelanggan sebelum ini. Jadi, bila customer pergi ke page anda, mereka hanya perlu pilih produk & PM anda untuk bayar sahaja!
MENDAPATKAN TARGET CUSTOMER YANG BETUL
Bila anda ada page, kebanyakan orang yang like page anda adalah mereka yang berminat untuk membeli produk anda (potential customer). Mereka mungkin mahu melihat-lihat dulu untuk tengok produk yang mereka kehendaki atau menunggu time gaji untuk membeli!
TARGET IKLAN FACEBOOK ADS KEPADA PELANGGAN YANG BERPOTENSI
Hanya dengan page sahaja, anda boleh promosikan produk kepada sasaran pelanggan yang betul. Contohnya jika produk anda produk penjagaan atau kecantikan untuk wanita, anda boleh set iklan itu untuk sampai kepada FB pelanggan wanita sahaja! Selain itu, anda juga boleh tentukan umur mereka, kawasan tempat tinggal dan minat mereka. Senang bukan? Ini akan menjimatkan masa, tenaga & wang anda untuk tujuan promosi.
BOLEH LANTIK ORANG LAIN URUSKAN FANPAGE
Jika anda seorang yang sibuk, anda tak perlu jaga page anda seorang diri. Anda boleh lantik staff, rakan atau orang yang boleh dipercayai untuk uruskan page anda. Anda tak perlu lagi anda mengadap page anda 24 jam untuk balas PM dan comment pelanggan anda! .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: