Kursus Pertanian Agrotek Secara Atas Talian
17 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 16 Julai 2022, PEDi Tanjung Manis telah mengikuti kursus pertanian secara atas talian dengan Kerjasama Sarikei Innovation Centre. Perkongsian ini dikendalikan oleh Encik Izzat Al Hadi iaitu seorang pengurus pertanian Agrotek yang telah berjaya mengusahakan pertanian ini. Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian.
Menjadikan generasi muda menjadi petani milenial (millenial farmer) yang mampu mengakses dan memanfaatkan teknologi dan inovasi untuk meningkatkan produktiviti, nilai tambah dan memanfaatkan pasaran. Dalam konteks ini, pertanian pintar (smart farming atau digital farming) dengan dukungan petani pintar dapat menjadi agroprenuer. Agronomi merupakan satu cabang sains pertanian yang memperkatakan mengenai kajian tanaman dan tanah yang mana ia bertumbuh. Ahli agronomi bekerja untuk mengembangkan kaedah yang akan memperbaiki kegunaan tanah dan meningkatkan penghasilan makanan dan tanaman serat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: