Webinar Pendaftaran Bersama SSM
24 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 23 Mac 2022, Pusat Ekonomi (PEDi) telah menyertai webinar bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara atas talian. Webinar tersebut berlangsung selama sejam tiga puluh minit. Webinar tersebut disertai bukan sahaja usahawan PEDi namun disertai oleh staff PEDI sendiri. Dengan sedemikian akan dapat membantu usahawan lain yang tidak berkesempatan untuk menyertai webinar tersebut. Sepanjang webinar berlangsung kami terlebih dahulu diterangkan tentang peranan SSM dan bagaimana mereka dapat embantu usahawan dalam membuat lesen perniagaan dibawah SSM.
Kami diterangkan tentang procedur yang perlu dilalui oleh para usahawan untuk mendapatkan lesen. Untuk webinar ini kami banyak diterangkan bagaimana untukmemohon lesen perniagaan secara atas talian di laman web SSM. Semasa proses membantu usahawan untuk mendapatkan lesen perniagaan SSM menerangkan kesilapan yang banyak dilakukan oleh para usahawan semasa pemohonan lesen dan mereka menerangkan cara yang sebetulnya untuk mendapatkan lesen perniagaan. SSM juga menyediakan sesi soal jawab semasa webinar berlangsung dimana memberi kesempatan kepada usahawan untuk bertanya secara langsung dan berkongsi pengalaman yang mereka lalui semasa proses pemohonan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: