Kursus Pemprosesan Mee Kuning
17 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 16 Julai 2023, salah seorang staff PEDi Tanjung Manis bersama tiga orang ahli PEDi Tanjung Manis telah menghadiri Kursus Pemprosesan Mee Kuning yang dianjurkan oleh JWKS di Dewan Masyarakat Kampung Rajang. Kursus ini dianjurkan untuk membantu komuniti di sekitar Tanjung Manis dalam pembuatan mee kuning.
Terdapat lebih 25 orang dari sekitar Tanjung Manis yang menyertai program tersebut. Program tersebut bermula pada jam 8 pagi sehingga 4 petang. Dengan adanya kursus sedemikian akan banyak membantu dalam mendedahkan komuniti dengan cara pemprosesan mee kuning.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: