Training Asas Microsoft Word (Resume Dan Surat)
3 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 2 Julai 2023, PEDi Tanjung Manis telah bersama seorang pelajar mengadakan sesi training asas Microsoft Word dalam membuat resume dan surat rasmi dan tidak rasmi. Sebelum memulakan training pelajar tersebut diperkenalkan dengan Canva, iaitu perisian online yang boleh menjadi alternatif dalam membuat resume secara online.
Semasa training dijalankan, terlebih dahulu pelajar didedahkan tentang kegunaan Microsoft Word selain dari membuat resume dan surat. Semasa membuat resume pelajar tersebut memberi kerjasama dengan baik dan serba sedikit dapat menyiapkan resume sendiri. Selepas itu, pelajar tersebut diajarkan tentang bagaimana format surat rasmi dan tidak rasmi. Dalam masa yang sama beliau diberikan tugasan untuk membuat surat rasmi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: